fbpx

Lepaskan Sufian, dia tiada harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Keluarga Muhammad Sufian Mok Parin yang hilang sejak 20 Jun lalu masih menaruh harapan pemandu lori berkenaan dapat ditemui dengan selamat biarpun kehilangannya hampir empat bulan.

Kakak Sufian iaitu Noorlina­yati, 46, berkata, kejadian seorang pesara di Kedah yang hilang sebelum disahkan dibunuh meruntun hati mereka sekeluarga yang risau mengenai nasib adik­nya yang tidak diketahui hidup atau mati.

Menurutnya, setakat ini, tiada sebarang maklumat diterima daripada pihak berkuasa berhubung kehilangan Sufian selepas mengambil gaji pada 20 Jun lalu.

“Kami sekeluarga masih tidak mengetahui nasib Sufian, timbul pelbagai andaian dia disembunyikan atau dikawal pihak tertentu tetapi sehingga hari ini masih menjadi persoalan.

“Kalau dia (Sufian) dikatakan ‘dikawal’ atau ‘disimpan’ oleh seseorang, untuk apa, adik saya bukan banyak harta dan duit, tolonglah lepaskan dia segera ke­rana, ayah dan emak saya sudah tua,” katanya di sini semalam.

Tambah Noorlinayati, ba­panya, Mok Parin Miswan, 70, dan Zaharah Bedu, 64, bagaikan telah kering air mata menanti kepulangan anaknya di rumah mereka di Kampung Sungai Boh, Pontian sehingga kedua-dua mereka jatuh sakit.

“Ayah dan emak juga telah melakukan pelbagai cara termasuk menggunakan kaedah perubatan Islam, mengadakan tahlil, sembahyang hajat, doa selamat, namun tiada sebarang petunjuk yang meyakinkan kami,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan masih dite­ruskan dan meminta orang ramai supaya tampil memberikan maklumat mengenai mangsa kepada pihak Polis.

“Maklumat boleh disampaikan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata­nya di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN