fbpx
AHMAD SHAH (tiga dari kanan) bersama pemilik durian DAF1 atau durian emas, Mohd Idafi Mohd Roseli di Kampung Ulu Cheka di Jerantut.

Durian kampung Hulu Cheka paling berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kewujudan durian di mukim Hulu Cheka dikatakan bermula sejak ratusan tahun lalu iaitu sebelum kampung-kampung di kawasan berkenaan dibuka lagi.

Durian di kawasan itu juga sememangnya berbeza kerana mempunyai kualiti terbaik dan rasa yang unik yang dikatakan berkemungkinan dipengaruhi mineral termasuk emas yang ber­ada di dalam tanah.

Durian-durian yang berkualiti berkenaan pada mulanya dikatakan tumbuh di dalam hutan sebelum dibiakkan melalui penanaman biji atau pun melalui mata tunas oleh penduduk kampung.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Kampung Ulu Cheka dan kawasan kampung-kampung berhampiran mendapati semua rumah mempunyai pokok durian yang kebanyakan bersaiz besar dengan usia melebihi 30 tahun sehingga ratusan tahun.

Ketua Kampung Ulu Cheka Ahmad Shah Jamlus berkata, perkampungan itu sudah lama dikenali sebagai kampung durian kerana mempunyai banyak pokok durian yang berkualiti dan mempunyai rasa yang unik.

“Kalau lihat durian kampung penghasilannya sudah beratus tahun sebelum pembukaan Kampung Ulu Cheka sudah ada durian pokok durian di sini sudah beratus tahun wujud dan cerita orang tua dahulu kampung ini telah dibuka sudah lebih 117 tahun,

“Kalau orang dulu cara penanaman di kawasan bukit bukau ini di atas sekali mereka letakkan durian tuang kemudian di bawah letak durian daun dan durian sangka kemudian yang lain itu (durian kampung),”katanya ketika ditemui di Kampung Ulu Cheka di sini semalam.

Tambahnya, durian tuang ini adalah penaung kepada durian kampung yang dapat memastikan durian kampung tidak di­serang penyakit dan berbuah lebat serta berkualiti.

Dalam pada itu katanya, buah durian kampung di kawasan Mukim Hulu Cheka mempunyai kualiti dan rasa yang enak berbanding di kawasan lain berkemungkinan disebabkan faktor mineral di dalam tanah di kawasan itu.

Malah katanya, terdapat durian klon yang ditanam di kawasan Mukim Hulu Cheka mempunyai rasa yang lebih sedap berban­ding durian klon sama yang ditanam di tempat lain.

“Pengalaman saya berjalan ke tempat lain, saya tidaklah menafikan kelazatan durian di tempat lain tetapi rasanya apabila dipanggil durian kampung apabila dilonggok ia biasa (rasa durian kampung) tetapi di sini kelazatan dan keenakannya itu berbeza berbanding di tempat lain.

“Ada ketika tengok isi tidak ku­ning, putih tetapi lemak manisnya berkualiti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN