fbpx

Hujan lebat di Kuala Lumpur, Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, negeri terbabit ialah Kedah (Langkawi), Perak (Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Hulu Selangor dan Gombak).

“Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Kulai dan Johor Bahru),” katanya, hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI