fbpx

Malaysia layak juara Pestabola Merdeka – Pau Marti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Harimau Malaya menjulang trofi Pestabola Merdeka malam tadi. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti percaya pasukan layak untuk menang Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lebanon 1-0 di pentas final malam tadi.

Menurut Pau Marti, taktikal merombak kesebelasan utama dengan membuat enam pertukaran turut membuahkan hasil.

“Keputusan saya ini menjadi bukti bahawa semua 26 pemain memiliki peluang seimbang untuk diturunkan di atas padang. Ia juga mesej agar semua pemain untuk terus bekerja keras (pada sesi latihan).

“Mengenai perlawanan, kita bermula dengan positif pada babak pertama berdepan Lebanon yang bertahan dengan baik dan ada kelebihan fizikal.

“Cuma, aksi pada babak kedua tidak begitu baik apabila gagal menyudahkan banyak peluang yang tercipta. Secara keseluruhan saya rasa kita layak untuk menang kali ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales muncul wira apabila meledak gol tunggal sekali gus menghadiahkan trofi pertama buat Harimau Malaya dalam tempoh 11 tahun.

Kali terakhir skuad negara menang Pestabola Merdeka adalah pada edisi 2013 dengan menewaskan Myanmar di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI