fbpx

Deepika Padukone, Ranveer Singh timang bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deepika Padukone dan Ranveer Singh berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

PASANGAN pelakon Bollywood terkenal, Deepika Padukone dan Ranveer Singh berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Perkara tersebut dikongsikan dalam hantaran Instagram memaklumkan tentang kelahiran bayi perempuan yang dilahirkan di sebuah hospital di Mumbai, India semalam.

“Selamat datang anak perempuan,” kongsi pasangan itu dalam sebuah hantaran Instagram mereka.

Rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah selain berkongsi perasaan teruja dengan kelahiran puteri mereka.

“Tahniah,” tulis ringkas aktres, Kriti Sanon.

“Tahniah atas kehadiran puteri kecil yang cantik dalam keluarga kalian,” ujar pelakon, Priya Adivarekar.

Februari lalu, pasangan sensasi itu berkongsi tentang kehamilan permata hati pertama mereka kepada umum.

Awal bulan lalu pula, Deepika yang cukup dikenali menerusi filem Pathaan itu berkongsi gambar menunjukkan ‘baby bump’ seakan-akan memberi bayangan akan bersalin dalam masa terdekat.

Deepika dan Ranveer berkahwin dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI