fbpx

Ranbir Kapoor, Alia Bhatt bertunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Alia Bhatt dan kekasihnya, aktor Ranbir Kapoor.

KELIBAT pelakon Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt serta ibu aktor tersebut, Neetu Singh di Lapangan Terbang Mumbai bersama dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Ranveer Singh dan Deepika Padukone baru-baru ini mencetuskan satu spekulasi besar.

Media di India menjangkakan pertemuan tersebut dibuat bagi meraikan majlis pertunangan pasangan selebriti, Ranbir dan Alia.

Majlis berkenaan dikatakan berlangsung pada Selasa lalu di sebuah hotel terkemuka di Mumbai secara tertutup.

“Mereka semua tinggal bersama di Aman Hotel, Ranthambore. Pada awalnya tujuan mereka berkumpul adalah untuk meraikan tahun baharu 2021.

“Tetapi dengan kehadiran ramai rakan karib, kemungkinan Alia dan Ranbir sedang meraikan majlis pertunangan mereka,” lapor Hindustan Times.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI