ORANG Pantai Timur lebih subur berbanding orang di bandar kerana mereka mengambil makanan yang segar seperti ikan dan ayam yang diternak sendiri. – GAMBAR HIASAN

Orang Pantai Timur lebih subur, ayam itik ternak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Makanan segera dan gaya hidup menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki dan wanita.

Menurut Pegawai Perubatan Nutrisi Am, Dr. Raihana Ismail, masyarakat kita pada hari ini banyak mengambil makanan segera yang tidak sihat dan tinggi bahan pengawet.

“Sebagai contoh, zaman mak-mak kita dulu guna santan segar, kurang makanan segera dan bahan pengawet.

“Tanpa kita sedar, bahan pe­ngawet yang dimakan itu akan membuatkan badan menjadi keliru dan akan mengeluarkan hormon lelaki pada perempuan dan lelaki pula akan mengeluarkan hormon wanita.

“Sehubungan itu, ia akan menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Tambah Dr. Raihana, di­sebabkan itu wanita mengalami gangguan pada kilang telur dan mempunyai ciri-ciri lelaki se­perti berjanggut serta misai dan juga pelbagai masalah kesihatan wanita.

Katanya, keadaan serupa terjadi kepada lelaki apabila mereka juga mengalami ciri-ciri wanita kerana kekeliruan hormon tersebut.

Terdahulu, media melaporkan populasi kelahiran bagi setiap wanita di Malaysia pada tahun 2022 telah menurun kepada 1.6 iaitu jauh di bawah paras penggantian iaitu 2.1.

Selain itu Raihana berkata, penggunaan dedak yang mengandungi hormon penggemuk dan pembiak juga menyumbang kepada masalah kesuburan.

“Oleh sebab itu, kita lihat masyarakat di Pantai Timur lebih subur kerana mereka mengambil makanan segar seperti ikan segar dan ayam atau itik yang diternak sendiri.

“Penduduk di bandar pula, mereka bukan sahaja banyak mengambil makanan kurang sihat tetapi juga berdepan stres kerja yang tinggi. Kedua-kedua itu punca masalah kesuburan.

“Selain itu, orang di bandar juga berdepan cabaran ekonomi sehingga mereka memilih mengambil pil perancang untuk menstabilkan kehidupan sebelum memiliki anak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN