Bagi eksekutif lelaki yang pentingkan keterampilan, ini bukan lagi dunia yang hanya sesuai untuk kemeja putih polos.
Label ternama seperti Ralph Lauren dan Tommy Hilfiger mengorak langkah menghasilkan rekaan kemeja formal (dress-shirt) dalam reka corak grafik dan geometrik yang begitu menyerlah, lengkap dengan padanan tali leher dalam reka corak yang sama.
Di sini saya berikan panduan yang mudah, praktikal serta segak digayakan untuk anda kelihatan lebih berwibawa.
Perubahan
Antara panduan untuk kelihatan hebat pada hari-hari penting adalah dengan membuat sedikit perubahan pada penampilan anda. Pakailah sesuatu yang selalunya anda tidak biasa pakai, contohnya seperti tali pinggang atau stoking baharu, mungkin juga cincin baharu.
Bagi yang berkemampuan dapatkanlah rawatan wajah (facial massage) sedikit sebanyak dapat menenangkan dan mengurangkan tekanan serta melambatkan proses penuaan pada wajah (akibat daripada dunia yang berlari pantas).
Perasaan tenang dapat memberikan kita keyakinan, yang sebenarnya adalah the real secret to attraction.
Gaya klasik
Jika memakai kemeja yang bercorak (printed shirt), pastikan yang padanan seluar, aksesori dan rambut anda, kesemuanya adalah dalam gaya konservatif. Namun begitu, pilihan tali leher perlu punyai reka corak bagi melengkapkan gaya keseluruhan.
Antara cara untuk mengetahui sama ada tali leher yang dibeli telah dipotong dengan baik adalah dengan memegang tinggi hujung tali leher yang paling tirus dan selebihnya dibiarkan jatuh ke bawah.
Jika tali leher tidak berpintal (twist), itu bermakna ia telah dipotong dengan baik (it has been cut well). Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal). Pemilihan warna untuk business suit lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu.
Blazer atau jaket
Pilihlah blazer atau jaket yang menggunakan fabrik yang nipis dan ringan (medium lightweight fabric) seperti cotton. Dari segi rekaannya, ia unstructured ataupun tidak kelihatan kaku. Ia didatangkan dalam warna biru kelasi (navy) dan warna cerah.
Jaket ini tidak mempunyai fabrik pelapis (lining-free) dan direka supaya kelihatan sedikit renyuk. Ia paling menarik dipadankan dengan chinos dan jeans.
Antara pilihan menarik, dapatkan slim-cut cotton suit dan padankannya dengan kemeja (dress shirt) reka corak kotak-kotak (checked) atau jalur (striped). As for the tie, you want it to compliment the shirt, not to compete with it.
Padanan
Jika memakai kemeja yang bercorak (printed shirt), pastikan yang padanan seluar, aksesori dan rambut anda, kesemuanya adalah dalam gaya konservatif.
Selain daripada tali leher dengan reka corak, dapatkan seluar khakis yang banyak terdapat di pasaran untuk dipakai.
Ia cukup stylish dan boleh dipadankan dengan apa sahaja. Buy one of these tailored, more stylized pairs of khakis and you’ll strike a whole new look where ever you go. Good luck!
Aksesori
Lelaki perlu mengelakkan pemakaian aksesori yang pelik (unusual accessories) dan agak berat (heavy jewelry) serta keterlaluan daripada dipakai ke ofis. Ia hanya sesuai digayakan selepas waktu bekerja.
Pilihlah cuff links yang tidak begitu menonjol rekaannya (discreet) dan tali pinggang yang sepadan (match well) dengan sut dan tali leher. Jam tangan (rekaan yang konservatif) dan cincin perkahwinan adalah antara aksesori pelengkap yang boleh dipakai.
Anda harus sentiasa memilih untuk memakai stoking yang panjang (long socks), berbanding dengan potongan yang pendek. Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada bulu kaki anda terlihat pada pandangan orang lain.
Kasut
Lelaki biasanya kurang berikan penumpuan pada kasut mereka. Kasut sepatutnya dijaga dengan rapi sentiasa. Penggunaan tapak kasut yang rosak dan tali kasut yang terlalu uzur keadaannya adalah dilarang sama sekali.
Pilihan terletak di tangan anda. Paling penting anda perlu bijak dan berani bereksperimentasi.
















