fbpx
JAMALUDIN (kanan) bersama isteri, Animas Arshad menunjukkan durian mentega di yang ditanam di kebun mereka di Kampung Lubuk Hik, Benta, Lipis, baru-baru ini.

Durian mentega dinobat juara, paling umphh…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Memiliki rasa lemak berkrim serta warna kuning keemasan berjaya menjulang ‘durian mentega’ milik seorang bekas guru sebagai juara pertandingan Durian Kampung Premium sempena Hari Durian Daerah Lipis, baru-baru ini.

Durian mentega dari varieti durian tembaga Pahang memiliki rasa yang cukup lengkap iaitu manis, lemak, pahit, melekit dan beraroma sekali gus menewaskan 20 durian kampung lain yang bertanding.

Durian kampung lain yang dipertandingkan antaranya enam pangsa, naga umbang, titi, ibu ayah dan kucing bantal.

Jamaludin Othman, 67, berkata, dia tidak menyangka penyertaan kali pertama itu membawa tuah kepadanya sekali gus membawa pulang wang tunai RM300 berserta hadiah iringan.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyertai sebarang bentuk pertandingan dan penyertaan baru-baru ini sekadar untuk memeriahkan Hari Durian Daerah Lipis sahaja.

“Namun sebaik dimaklumkan kemenangan dan sembilan orang juri bersepakat memilih ‘durian mentega’ sebagai juara, saya anggap ini rezeki dari Allah,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Jamaludin berkata, selain pokok durian mentega yang berusia lebih 60 tahun, terdapat juga beberapa jenis pokok raja buah kampung lain yang diusahakannya di atas tanah seluas hampir satu hektar.

“Hampir kesemua pokok yang ada di kebun adalah jenis durian kampung. Walaupun diusahakan 100 peratus secara tradi­sional, namun saya membaja dan me­nyembur racun pada setiap musim bagi memastikan buah yang dihasilkan berkualiti.

“Saya tidak menanam durian premium seperti musang king atau black thorn kerana yakin permintaan durian kampung masih tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, cuaca panas yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan penghasilan durian di kebunnya.

“Jumlah durian pada tahun ini agak merosot, masa berbunga banyak tetapi yang lekat dan menjadi buah sedikit.

“Seperti pokok durian mentega biasanya boleh menghasilkan sehingga ratusan biji setiap musim tapi berbeza pada kali ini ha­nya sekitar 30 biji yang menjadi,” ujarnya.

Durian mentega dijual RM8 sekilogram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN