fbpx
WARGA asing menjadikan karom sebagai ‘bisnes’ dengan mengenakan caj RM5 bagi satu-satu permainan di Taman Industri Alam Jaya.

Penduduk rayu flat Puncak Alam diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Lebih 1,000 warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar ‘menjajah’ Taman Alam Jaya di Puncak Alam di sini, sejak 10 tahun lalu, dengan menguasai kediaman flat serta rumah-rumah kedai, sekali gus menjadi koloni asing di kawasan perumahan itu.

Mereka turut mengusahakan perniagaan sendiri seperti kedai runcit dan makanan di taman industri lokaliti itu, malah pada hujung minggu, lokasi tersebut persis bandar mini warga asing dengan kehadiran rakan-rakan senegara dari tempat lain.

Situasi itu membuatkan penduduk rimas serta rasa terancam dengan kebanjiran warga asing dan merayu kepada pihak berkuasa supaya melakukan operasi besar-besar terhadap mereka.

Seorang penduduk, Amar Azwa, 25, berkata, mereka tidak sanggup lagi berjiran dengan warga asing dari pelbagai negara.

Menurutnya, timbul pelbagai persoalan bagaimana warga asing terbabit boleh membuka perniagaan sendiri, sedangkan mereka sepatutnya bekerja dalam industri sahaja seperti ditetapkan dalam permit kerja.

“Saya tidak menolak berkemungkinan ada segelintir peniaga tempatan menyewakan premis kepada warga asing, seterusnya menyumbang kepada kebanjiran mereka di sini.

“Penduduk dapat lihat bagaimana golongan pendatang asing mula berkembang dari satu kedai ke satu kedai. Kalau dita­nya mereka memaklumkan cuma pekerja sahaja.

“Bagaimanapun, mereka ada kereta, van dan motosikal sendiri yang dibeli daripada warga tempatan bagi membawa atau menghantar bekalan barangan ke kedai atau rumah pelanggan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

KELIBAT warga asing melepak beramai-ramai mudah dilihat setiap hari.

Amar memberitahu, warga asing terbabit turut menjadikan karom sebagai ‘bisnes’ dengan mengenakan caj RM5 bagi satu-satu permainan dalam kalangan mereka selain ada yang turut menjual sirih.

Justeru, ujar pekerja swasta itu, situasi tersebut boleh me­nimbulkan persepsi negatif sama ada pihak berkuasa gagal bertindak terhadap mereka.

“Jadi, tolong buat serbuan. Buat semak mata sahaja. Kita pun tidak tahu mungkin ada antara mereka yang bergelar pendatang asing tanpa izin (PATI) atau salah guna permit,” ujarnya.

Seorang penduduk, Mohd. Fairus Asari, 32, pula berkata, setiap Sabtu dan Ahad membuatkan taman industri itu tidak ubah seperti pekan warga asing.

Tambahnya, ada warga asing dipercayai menjalankan operasi kedai makan bersama snuker di beberapa unit tingkat satu rumah kedai di taman berkenaan.

“Sudah 10 tahun berlarutan dan jumlahnya tidak pernah susut. Kita yang lihat pula meluat apabila ada antara mereka mabuk sehingga mengganggu penduduk tempatan.

“Sudah tentu, saya kecewa dengan senario ini meskipun ada dalam kalangan mereka bekerja di kilang berhampiran,” ujar­nya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali Azlan, 40, mendakwa pernah berlaku kes seorang pemandu kereta warga Myanmar yang mabuk melanggar penduduk tempatan sehingga patah kaki pada dua tahun lalu.

TERDAPAT premis yang dikendalikan warga asing di Taman Industri Alam Jaya.

“Kami cuma harap pihak berkuasa segera turun ke lokasi dan melakukan serbuan secara besar-besaran, tangkap semua PATI.

“Sudah pastinya, kalau dibiarkan lebih lama akan buat mereka besar kepala seperti berlaku di tempat lain di Lembah Klang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN