fbpx
Orang muda tidak boleh hilang semangat untuk menyambut bulan kemerdekaan kerana kejayaan mereka hari ini dan kejayaan pembangunan sehingga kini. - Gambar hiasan

Mana orang muda sambut merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Berbaki 27 hari lagi rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos. Sudah menjadi kelaziman, bahang kemerdekaan biasanya akan dirasai menjelang minggu terakhir sambutannya.

Namun ia berbeza bagi golongan anak muda hari ini. Suasana sambutan hari bersejarah itu mungkin hanya kelihatan pada penganjuran program-program konvoi permotoran Kemerdekan mahupun barbeku pada malam merdeka.

Malah, jauh sekali melihat Jalur Gemilang digantung pada motosikal mahupun kenderaan mereka di jalan raya ketika ini.

Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, golongan muda yang juga disebut belia dan remaja sebenarnya merupakan harta kepada sesebuah negara dan penting kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

“Orang muda tidak boleh hilang semangat untuk menyambut bulan kemerdekaan kerana kejayaan mereka hari ini dan kejayaan pembangunan sehingga kini adalah hasil perjuangan kemerdekaan.

“Golongan muda inilah yang harus melakukan pengisian kemerdekaan sekali gus membalas budi dan pengorbanan orang-orang dahulu dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan,” katanya.

Tambahnya, anak muda seharusnya menghayati semangat merdeka dengan ucapan-ucapan berkisarkan sejarah kemerdekaan melalui media sosial seperti TikTok, Facebook, X dan sebagainya.

“Pelbagai kaedah boleh dilakukan dalam memperingati Hari Kebangsaan sama ada di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta.

“Golongan orang muda inilah kelak akan mewarnai corak masa depan negara dan menjadi pemimpin harapan negara,” ujarnya.

Beliau memberitahu, orang-orang tua dulu amat menghormati anak-anak muda dengan memberi penuh harapan setinggi gunung dengan mengiktiraf mereka sebagai semangat kesinambungan wadah perjuangan ke persada dunia.

“Selain itu, pada musim pilihan raya misalnya ramai anak-anak muda pakat turun berkempen berbanding dengan peranan mereka menjelang sambutan bulan kemerdekaan,” katanya.

Menurut Abdul Kader, orang muda beranggapan bulan kemerdekaan tidak penting disambut kerana negara ini sudahpun merdeka.

“Salah satu faktor adalah disebabkan kurang keyakinan diri, kurang memahami, kurang kesedaran dan penghayatan dalam jiwa mereka. Sedangkan, di depan mata sendiri mereka telah menikmati dan mengecapi kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan dalam kehidupan mereka.

“Golongan muda hari ini ada yang lupa dan alpa akan keringat orang tua dulu yang bertarung nyawa untuk agama, anak bangsa dan tanah air. Wahal, belia adalah harapan bangsa dan pemudi tiang negara,” jelasnya.

Justeru, tambahnya, golongan muda harus sentiasa bersiap sedia menghadapi rintangan dan cabaran dalam apa jua keadaan.

“Mengorbankan jiwa dan raga sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan berdidikasi serta mempunyal semangat jati diri yang tulen, mempunyai prestasi yang tinggi dan mulia demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan negara yang cemerlang dan gemilang.

Oleh itu bagi penulis, anak muda merupakan kesinambungan dalam mengecapi kemerdekaan buat negara. Belum terlambat untuk kita tanam semangat patriotik dalam diri demi keamanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN