fbpx
Seorang pekerja menunjukkan durian kampung yang dijual di gerai durian di hadapan Kampung Parit Baru, Jalan Jalan Johor Bahru, Pontian semalam.

Cuaca panas, durian cepat merekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Cuaca panas yang sedang dialami di negara ini meresahkan peniaga buah durian kerana perlu menghabiskan jualan segera bagi mengelakkan merekah pada waktu malam.

Seorang peniaga, Muhamed Ab. Kahar, 38, berkata, musim baharu buah durian yang baru bermula dua hari lalu terpaksa dilalui oleh peniaga sebagai sumber pendapatan ha­rian.

Katanya, setiap hari dia akan menjual tiga bakul durian atau kira-kira 150 kilogram dari jenis durian kampung, durian kahwin dan durian kahwin A pada harga antara RM14 hingga RM22 sekilogram (kg),

“Kebimbangan peniaga durian ialah cuaca panas menyebabkan durian akan merekah pada waktu malam jika tidak habis dan perlu dihabiskan jualan pada hari yang sama.

“Bagi mengatasi masalah itu, kami ada menyediakan perkhidmatan penghantaran tunai ke rumah (COD) kepada mereka yang ingin membeli secara dalam talian seperti dari Johor Bahru dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Kampung Jasa Sepakat, Batu 30, Pekan Nanas, di sini.

Muhamed menambah, pe­ngalaman sebagai penjual durian selama lima tahun tidak melemahkan semangatnya untuk sama-sama meraikan ketibaan ‘Raja Buah’ pada setiap tahun.

Sementara itu seorang lagi peniaga Ah Leng, 35, berkata, cuaca panas ketika ini memang membantu jualan tetapi kalau tidak habis dijual, pihaknya yang rugi kerana tidak boleh disimpan untuk esok pagi.

“Pelanggan lebih suka makan di gerai kerana risau kenderaan mereka berbau bagi perjalanan jauh seperti ke Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi dan sebagainya,” jelasnya yang berpengalaman 10 tahun berniaga durian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN