fbpx
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu ini.

Ambil peluang fahami institusi beraja negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA tanggal 20 Julai ini, negara akan menyaksikan momen bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bersempena istiadat itu, ‘wayang pacak’ akan dipasang di semua 222 kawasan Parlimen bagi memudahkan rakyat turut sama meraikan acara bersejarah tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17.

Inisiatif yang dikelolakan Jabatan Penerangan bersama badan sukarela Komuniti Madani itu akan menampilkan beberapa acara sampingan untuk masyarakat.

Oleh itu, Horizon berkongsi tip kepada rakyat yang mahu ‘turun padang’ dan melihat keunikan Institusi Raja Berperlembagaan negara.

Tahu tentang perincian lokasi
Ketahui lokasi ‘wayang pacak’, masa bermula dan sebarang atur cara khas. Semak dalam laman web rasmi acara untuk maklumat terkini.

Hadir ke lokasi lebih awal untuk mendapatkan tempat tontonan yang baik tanpa berasak-asak dengan orang awam lain.

Ini juga bagi mengelakkan anda daripada terpaksa memarkir kereta di kawasan jauh dari lokasi tayangan.

Berpakaian sesuai
Semak ramalan cuaca untuk melihat sama ada hari itu akan hujan atau panas terik.

Pakai pakaian dan kasut yang selesa. Jangan lupa sediakan topi atau baju hujan.

Elakkan daripada berpakaian tidak sopan memandangkan akan ada acara sampingan berkaitan institusi diraja.

Bawa barangan keperluan lain
Anda boleh membawa alas untuk duduk sewaktu menonton ‘wayang pacak’ itu nanti.

Bawa makanan ringan dan air, terutamanya jika anda berada di sana untuk jangka masa lama.

Jangan lupa simpan beg plastik kecil untuk buang sampah anda sebelum meninggalkan kawasan itu nanti.

Sertai aktiviti sampingan yang dianjurkan
Ambil kesempatan untuk melihat pameran berkaitan dan belajar lebih lanjut tentang institusi beraja di negara ini.

Jangan malu untuk bertanya sekiranya terdapat perkara-perkara yang anda ingin ketahui lebih lanjut.

Bimbing anak-anak sepanjang pameran dan beri penerangan bagi membantu meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka.

Ikut peraturan dan hormati orang lain
Bertimbang rasa terhadap pengunjung lain. Jangan sampai posisi kedudukan anda menyekat pandangan orang lain.

Perhatikan barang-barang anda dan berhati-hati dengan persekitaran anda.

Jika membawa kanak-kanak bersama, pastikan mereka sentiasa berada di sekitar anda.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN