fbpx
Tangkap layar perbualan WhatsApp Wahidah dengan individu yang menawarkan penginapan tidak wujud di Facebook.

Gigit jari tempah homestay ‘hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam ke­seronokan orang ramai bercuti ke lokasi peranginan terkenal Cameron Highlands, ada individu yang sengaja mengaut keuntungan dengan menipu melalui tawaran perkhidmatan rumah tumpangan atau inap desa yang tidak wujud.

Akibat membuat tempahan saat akhir, individu yang mahu ke Cameron Highlands didapati tertipu dengan tawaran rumah tumpangan murah di Facebook.

Mereka hanya sedar ditipu oleh individu yang mendakwa pemilik penginapan itu selepas membuat pembayaran deposit.

Kosmo! mendapati taktik itu dilakukan oleh individu itu di media sosial ketika waktu cuti sekolah atau cuti umum panjang yang turut mengunakan gambar kediaman orang lain untuk ‘memancing’ mangsa.

Seorang guru agama dikenali sebagai Wahidah, 39, terpaksa melupakan hasratnya untuk membawa anak-anak berkunjung ke Cameron Highlands selepas ditipu kononnya pengusaha rumah tumpangan di

Pangsapuri Barrington Square sekitar pasar malam Golden Hill.

Katanya, dia mula menyedari bahawa dirinya ditipu selepas sampai ke lokasi rumah tumpangan yang dihantar ‘si penipu’ untuk mengambil kunci unit rumah yang kononnya ada, namun sebenarnya tidak wujud.

“Si penipu hantar lokasi pangsapuri tersebut dan suruh ambil kunci di peti surat, namun apabila sampai, pengawal keselamatan beritahu yang unit rumah tersebut tidak wujud dan saya adalah orang ketiga yang datang cari unit rumah sama.

“Saya cuba hubungi individu tersebut tapi malangnya, pesanan WhatsApp itu telah disekat, rupanya ramai yang dah terkena dengan orang sama menggunakan nombor telefon yang sama.

“Dari situ baru tersedar yang sebenarnya kami kena ‘scam’ (tipu), apakan daya duit sewa berserta deposit berjumlah RM280 juga sudah lesap dikaut penipu, malam itu juga kami bergerak balik ke Tapah, Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Wahidah bercerita lanjut, ketika menempah penginapan itu dia bersama suami dan tiga lagi anaknya diberi satu unit bilik studio yang mempunyai dua biji katil bersaiz ‘queen’, berharga RM180 semalaman dengan deposit RM100.

“Waktu daftar masuk pukul 2 petang dan daftar keluar pula pukul 12 tengah hari esoknya, unit rumah itu C-4-15, manakala pembayaran dibuat di akaun persendirian. Saya dah ber­syukur sebab dapat rumah ketika itu, sebab itu tanpa fikir panjang terus bayar penuh.

“Tiada rezeki nak bawa anak-anak pergi bercuti kali ini, kami bersangka baik sahaja dengan ujian kali ini. Harapnya, kes macam ni tidak berulang lagi dan terkena pada orang lain pula, tapi itulah nombor telefon, penipu boleh tukar selalu, kesian orang yang datang jauh-jauh,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa peni­puan di tanah tinggi itu yang mahu dikenali Umai berkata, dia serik menempah bilik melalui promosi di media sosial.

“Bila saya sampai, terus nombor telefon kena sekat, sudahnya kami tidur dan mandi di stesen minyak di Cameron,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN