fbpx

Bekas Imam Masjid Negara Tokoh Maal Hijrah Kedah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taib Azamudden di samping keluarga selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kedah pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Bekas Imam Besar Masjid Negara yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kedah.

Taib Azamudden, 74,  yang juga Ahli Parlimen Baling selama dua penggal itu menerima kurnia anugerah tersebut daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri 1446H di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurut beliau yang menabur bakti di sebuah madrasah di Baling, anugerah tersebut sangat bermakna kepadanya selain menjadi pemangkin kepada usaha untuk terus menyebar syiar Islam.

“Anugerah ini mengingatkan saya sepenuhnya bahawa tugas dan peranan kita sebagai seorang mukmin yang tidak pernah terhenti dan tidak boleh rasa jemu seperti sirah Rasulullah SAW,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.

Mengulas lanjut Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Tarbiah Haraki An-Nur Kuala Ketil, Baling itu berkata, setiap umat Islam termasuk generasi muda tidak seharusnya menggadaikan jati diri masing-masing walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran ketika ini.

“Apa pun kesulitan dan kerumitan cabaran yang dihadapi kita jangan lupa kepada jati diri. Kita harus memperkasakan jati diri kalau kita orang mukmin Muslim, jati diri kita ini sudah diatur.

“Boleh masuklah apa saja masalah, kita tempuhi, janganlah hilang jati, iman dan semua tatasusila kita sebagai orang Muslim,” kata bapa kepada enam putera itu.

Baik sebagai ahli politik mahupun agamawan, beliau mengakui kedua-dua kerjaya itu saling berkait antara satu sama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI