fbpx
GAMBAR HIASAN

Hujan lebat di utara Semenanjung sehingga 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya di utara Semenanjung sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di negeri Perlis dan Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Hujan lebat turut diramalkan di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di negeri Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung diikuti Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Lahad Datu sehingga 3 petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN