fbpx
Urusan secara tunai masih digunakan secara utama di negara ini.

Tunai lebih selamat, boleh sentuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peralihan sepenuhnya kepada sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) akan menyebabkan peminggiran sosial dan ekonomi yang menyukarkan golongan lebih tua di luar bandar.

Golongan itu yang tinggal di kawasan akses internet yang terhad akan menyebabkan wujud peminggiran dan ketidakstabilan sosial antara kawasan bandar dan luar bandar.

Pensyarah Kanan, Jabatan Keselamatan Maklumat dan Teknologi Web, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Noor Zuraidin Mohd. Safar berkata, cabaran ini akan dihadapi oleh orang dewasa yang lebih tua, mereka yang mempunyai celik teknologi terhad dan orang di kawasan luar bandar tanpa akses internet.

Ujarnya, peralihan sepenuh­nya kepada pembayaran tanpa tunai turut memberi kesan kepada penduduk yang tidak mempunyai akaun bank kerana mereka tidak mempunyai pilihan selain transaksi secara tunai.

“Peralihan ini boleh membawa kepada peminggiran sosial dan ekonomi, menyukarkan kumpulan ini untuk menjalankan transaksi harian, membayar bil atau mengakses perkhidmatan pen­ting.

“Wang tunai kekal diutamakan oleh generasi lama untuk kewujudan dan keselamatannya. Di kebanyakan negara membangun dan kawasan luar bandar, wang tunai adalah dominan disebabkan oleh akses terhad kepada infrastruktur pembayaran digital,” jelasnya.

Isnin lalu Kosmo! melaporkan mengenai banyak premis beralih kepada cashless tanpa memberi pilihan pembayaran tunai.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata, menjelang tahun 2029, berkemungkinan besar tiada lagi proses jual beli secara tunai atau sekurang-kurangnya lebih 80 peratus kaedah cashless diguna pakai di negara ini.

“Pandangan saya pada masa akan datang mungkin semakin ramai akan guna cashless dan ini bermakna penggunaan duit fizikal akan berkurangan secara signifikan.

“Jika kita pergi ke China, sebahagian besar pasar-pasar basar sudah tak ambil tunai, semua guna sistem cashless. Sekarang pun pasar basah pun sudah ramai tanpa tunai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN