fbpx
Gabungan putih dan coklat yang terjalin cukup mempesonakan.

K2

Rona putih, coklat cetuskan damai kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDIVIDU yang terlibat dalam perniagaan perancang majlis perkahwinan, sememangnya mempunyai cita rasa dan kebolehan tersendiri melibatkan susun atur sesuatu ruang.

Bagi pasangan suami isteri, Siti Nurhazwani Mohd. Zabri dan suami, Mohamad Azemi Johar, kerjaya sebagai perancang perkahwinan menjadikan mereka cukup bijak menghias ruangan, sekali gus menjadikan kediaman yang dihuni mereka tampil memukau.

Bahkan, ramai yang menggelar kediaman milik pasangan itu yang terletak di Kuantan, Pahang tidak ubah seperti rumah-rumah yang sering dilihat di aplikasi Pinterest.

Siti Nurhazwani atau lebih selesa disapa sebagai Wany berkata, dia tidak pernah menggunakan khidmat mana-mana pereka dalaman, kerana lebih selesa menghias sendiri rumahnya.

“Saya dan suami tidak pernah menggunakan khidmat pereka dalaman dan semua dekorasi yang dibuat ini adalah cetusan idea kami sendiri.

“Ilham dalam menterjemah konsep dekorasi rumah juga banyak kami peroleh sewaktu bercuti yang kemudiannya diterapkan pada kediaman ini,” kongsinya.

Menjengah ruang tamu kediaman Wany, sesiapapun pastinya terpukau melihat rona putih bersih yang dipadankan dengan rona kecoklatan yang menyerlah elemen semula jadi.

Setiap item dalam rumah bagaikan dipilih dengan penuh teliti oleh Wany dan suami, menjadikan kesemuanya menyatu dengan baik bersama dekorasi rumah pilihan.

Sofa rekaan moden rona coklat lembut menjadi pilihan Wany yang dipadankan bersama permaidani rona senada.

Cahaya semula jadi yang digabungkan dengan rona putih bersih yang menjadi warna utama pada kediaman membuatkan ruang kediaman nampak luas.
Hasilnya, ruang tamu rumah Wany tampil redup dan sedap mata memandang.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui bahawa dia sering menukar dekorasi kediamannya, sesuai cita rasa.

“Jangan ditanya berapa kali saya mengubah dekorasi rumah saya.

“Jika diikutkan, sebulan sekali pun saya sanggup sekiranya tidak terlalu sibuk dengan urusan kerja,” katanya yang menambah pemilik rumah perlu sentiasa rajin jika mahu memastikan rumah mereka sentiasa cantik.

Wany juga berkongsi hiasan rumah yang menenangkan cukup penting baginya, memandangkan cara untuk mengetahui ataupun menilai kecantikan atau kebersihan seseorang itu adalah dengan melihat rumah mereka terlebih dahulu.

Rona putih ruang dapur diteruskan sehingga ke ruang makan dan ruang dapur.

Menjengah ke ruangan dapur, ruangan serba putih ditampilkan ceria dengan hasan kecil pelbagai warna.

Wany meletakkan banyak pokok bunga kecil yang menyerlah elemen semula jadi pada kawasan dapur.

Akui Wany, dia amat berpuas hati dengan konsep kediaman serba putih yang dipilihnya itu.

“Setiap hari, apabila melihat kediaman serba putih ini, saya berasa tenang dan rumah nampak begitu bersih. Syukur dengan apa yang ada sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN