FADZLUL HADI (kiri) dan isteri, Nurul Anis menyiapkan susu untuk bayi mereka di rumahnya di Kampung Kubang Paya, Pauh dekat Arau barubaru ini.

Suami isteri tabah jaga bayi hidap pelbagai penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Sepasang suami isteri cekal dan tekad untuk terus berusaha sebaik mungkin untuk mengurus dan mendapatkan rawatan buat bayi merela yang berdepan pelbagai masalah kesihatan sejak lahir.

Menurut Nurul Anis Abdul Rahman, 34, bayinya, Nurul Nadira Mohd. Fadzlul Hadi yang berusia lima bulan dikesan me­ngalami masalah usus bocor sejak berusia tujuh bulan dalam kandungan.

Katanya, selepas dilahirkan, anaknya turut dikesan mengalami masalah jantung berlubang dan terpaksa mendapat rawatan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dekat sini.

“Dalam tempoh sebulan rawatan di hospital, kami sekali lagi diuji apabila mendapat tahu Nurul Nadira turut mengalami masalah tiroid dan talasemia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Paya, Pauh di sini baru-baru ini.

Dia berkata demikian ketika diziarahi ahli Persatuan Solidariti Nasional Perlis yang menyalurkan bantuan keperluan dapur dan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan.

Menurut Nurul Anis, anak bongsu daripada tiga beradik itu juga bayi sindrom Down dan terpaksa menerima rawatan kira-kira empat bulan di NICU dan unit rawatan rapi kanak-kanak HTF.

“Anak saya juga terpaksa minum susu melalui tiub kerana saluran makannya sempit akibat masalah tiroid,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Fadzlul Hadi Ishak, 35, berkata, dia yang bekerja dengan syarikat penyelenggaraan swasta di sebuah universiti turut mengambil upah mengusahakan bendang dan pelbagai kerja rencam lain bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Pendapatan saya sekitar RM1,200 sebulan. Sebelum ini, isteri ada berniaga nasi lemak tetapi sekarang terpaksa berhenti bagi memberi perhatian kepada kesihatan Nurul Nadira.

“Kami akan terus berikhtiar selagi ada kudrat menguruskan keluarga.

“Kami mendapat bantuan sara hidup setiap tiga bulan sekali daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis berjumlah RM1,000 dan belum memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, kos menguruskan anak perempuannya itu termasuk susu rumusan khas, suplemen dan kos perjalanan mendapatkan rawatan dianggarkan sebanyak RM800 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Rakyat milik Mohd. Fadzlul Hadi bernombor 2200145249 atau menghubunginya di talian 014-945 2326.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN