fbpx

Umji cedera otot kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMJI

KETIKA anggota kumpulannya sedang giat melakukan persiapan untuk beberapa aktiviti persembahan menjelang sambutan tahun baharu, penyanyi Umji terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan kaki.

Dia disahkan mengalami kecederaan pada bahagian otot dan tendon kaki.

Menurut laporan agensinya, Source Music, disebabkan kecederaan yang dialami, Umji akan direhatkan daripada aktiviti seni sepanjang menerima rawatan, sekali gus tidak dapat menyertai
persembahan bersama kumpulan GFRIEND.

“Bermula sekarang, hanya lima anggota yang tinggal akan meneruskan aktiviti seni GFRIEND seperti biasa.

“Malah keputusan untuk membenarkannya kembali bekerja hanya akan diputuskan berdasarkan tahap kesihatan Umji dan nasihat pakar,” ujar agensi.

Pada masa sama, Source Music turut memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa memaklumkan berita tersebut pada saat GFRIEND sedang sibuk membuat persiapan persembahan.

“Keputusan ini dibuat demi kepentingan tahap kesihatan Umji. Jadi kami sangat berharap Buddies (kumpulan peminat GFRIEND) memahami situasi ini,” memetik kata agensi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI