Kaca mata hitam aksesori mewah yang disifatkan ‘lebih mampu milik’.

Trend pemakaian kaca mata hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apabila kita membicarakan tentang affordable luxury (kemewahan yang mampu dimiliki bukan hanya golongan atasan), sememangnya antara yang menjadi tumpuan adalah pada bahagian mata kita.

Kaca mata atau kaca mata hitam (sunglasses) merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan (handbags) dan pakaian (clothing) daripada jenama mewah, tetapi tidak mampu untuk memilikinya oleh kerana harga yang melampau (skyrocketing prices).

Rekaan
Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata/hitam yang tidak begitu mahal (less expensive) terdapat di pasaran, dibandingkan dengan kategori aksessori yang lain.

Sememangnya kaca mata/ hitam mempunyai variasi pilihan rekaan dalam pelbagai bentuk, saiz, hiasan (adornments) dan perincian untuk cita rasa semua individu.

Selalunya suai padan beg tangan dan kasut sedondon adalah yang paling diutamakan, tetapi kini memadankan kaca mata/hitam dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi gaya dan penampilan individu agar lebih segar.

Mampu milik
Dapatkan kaca mata hitam berjenama ini semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan, sebelum ia memasuki kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki semua pembeli (oleh kerana harga yang terlalu mahal) pada suatu masa nanti.

Jika anda tidak percaya, lihat sahaja kaca mata/ hitam edisi terhad (limited edition) Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi (natural horn) yang merupakan bahan yang paling eksklusif dan unik.

Ada juga jenama terkenal yang menghiasi rekaan kaca mata/hitamnya penuh dengan berlian. Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Retro
Antara gaya popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata/hitam retro 50-an.

Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing (modern take on the cat’s eye) yakni gaya yang mengingatkan kita pada ikon perfilemen Barat seperti Marilyn Monroe. Antara rekaan yang juga tidak kurang hebatnya adalah kaca mata/hitam berbingkai kristal yang lut sinar/jernih.

Trend
Sememangya kasut, alat solek (makeup), wangian (perfume) berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki oleh kebanyakan kita, tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) walaupun dari jarak jauh seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata/ hitam berlogo jenama antarabangsa.

Kaca mata/ hitam bukan hanya boleh memberi nafas baharu kepada pakaian yang telah kita sedia ada, malah ia satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun trend terbaharu.

Evergreen
Walaupun di Barat kaca mata hitam paling popular digayakan pada musim panas, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah menjadi aksesori evergreen yang dipakai sepanjang tahun.

Pembeli kini tidak lagi membeli kaca mata/ hitam semata-mata untuk melindungi mata daripada pancaran UV yang merosakkan mata (damaging UV rays).

Sementara itu, tarikan kaca mata/hitam bersaiz besar (oversize sunglasses) yang kini jadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baharu yang lebih fashionable.

Apa yang penting, ia juga boleh menyembunyikan mata yang lebam setelah penat berparti lewat malam, juga ketika kita langsung tidak sempat memakai alat solek atau berfungsi untuk mengelakkan that unwanted eye contact.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN