fbpx
MCKENNA dijulang para penyokong selepas memastikan Ipswich kembali beraksi di EPL buat kali pertama selepas 22 tahun. - EURO FOOT

Ipswich Town tamat penantian 22 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPSWICH – Pasukan Liga Kejuaraan Inggeris, Ipswich Town dinaikkan pangkat ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menewaskan Huddersfield Town 2-0 pada aksi terakhir di Portman Road semalam.

Pada perlawanan itu, Ipswich yang turun sebagai tuan rumah menjaringkan dua gol penting menerusi pemain antarabangsa Wales, Wes Burns serta pemain pinjaman dari Chelsea, Omari Hutchinson.

Pengurus Ipswich, Kieran McKenna meluahkan kegembiraan apabila beliau berjaya mengemudi pasukan itu kembali ke saingan EPL buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas tersingkir pada 2002.

“Saya rasa sangat gembira ketika ini dan cukup lega. Apa yang boleh saya katakan, hari ini (kelmarin) cukup istimewa kerana kami sudah mencapai sasaran ditetapkan sejak kempen 2023/24 bermula.

“Kelab berjanji untuk berikan rehat beberapa hari kepada pemain, namun masih banyak yang perlu dilakukan. Mungkin minggu depan kami akan berbincang dan mula merancang untuk saingan musim hadapan,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas barisan kejurulatihan Manchester United menjelaskan, sudah tidak sabar untuk beraksi menentang pasukan itu meskipun sedar dengan perbezaan kualiti kedua-dua pasukan.

“Saya ada hubungan dengan Manchester United dan Tottenham Hotspur sebelum ini, jadi dua perlawanan itu amat dinanti-nantikan. Saya tahu ia bukan tugas mudah tetapi kami hanya mahu nikmati perlawanan,” ujar McKenna. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN