fbpx
Tangkap layar video babak drama Lelaki Itu yang menunjukkan wartawan menerjah tanah perkuburan dan rumah mangsa rogol untuk mendapatkan berita.

Lelaki Itu burukkan kerjaya wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hari ini merupakan episod akhir drama Lelaki Itu yang disebut-sebut kerana banyak pengajaran dalam isu-isu berkaitan poligami, harta pusaka dan akibat daripada perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa.

Disebabkan itu, berlakulah perkahwinan adik-beradik dan sumbang mahram serta pasangan terbabit sukar menerima kenyataan bahawa mereka bersaudara.

Selain itu, isu kesihatan mental dan anxiety juga diketengahkan dalam drama ini yang sememangnya tidak boleh dipandang ringan dan perlu dirawat.

Menarik drama ini, sehingga penulis sendiri pun melekat di televisyen setiap pukul 10 malam, tetapi ada yang ‘tidak manis’ pada episod separuh akhir drama itu.

Pengarah drama terbabit iaitu, Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif bagi penulis agak keterlaluan menggambarkan cara wartawan mendapatkan berita dalam drama itu. Pada episod Jumaat lalu, watak pesakit anxiety, Hannah Delisha mati kerana dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki di tepi jalan sehingga dipaparkan di berita televisyen.

Apa yang tidak manisnya, ‘wartawan’ di dalam drama itu menyerbu rumah si mati untuk menemu ramah ibu Hannah Delisha iaitu lakonan Cik Puan Sarimah Ibrahim.

Selepas gagal menemu ramah di rumah, sekumpulan wartawan menyerbu lagi tanah perkuburan untuk menemu ramah waris si mati.

Maaf ketika itu tersentak penulis melihat adegan wartawan dan jurugambar ‘menyerbu’ di dalam rumah, lebih tepat di ruang tamu ketika ‘jenazah’ pelakon Hannah Delisha berada di situ.

Babak itu memang tidak masuk akal dengan menggambarkan media iaitu wartawan dan jurugambar begitu tidak beradab dan tiada etika.

Golongan media tidak akan pernah menyerbu rumah orang sebegitu rupa dengan tidak beradab sehingga di halau tuan rumah jauh sekali di tanah perkuburan.

Orang media juga ada hati dan perasaan dan bekerja dengan etika kewartawanan ketika berdepan situasi kesedihan keluarga yang dilanda tragedi.

Mereka tidak akan sesekali ‘menjolok’ mikrofon sesuka hati untuk menemuramah ahli keluarga yang dalam kesedihan.

Maaf, babak dalam drama Lelaki Itu agak keterlaluan dan diperkatakan di media sosial dengan memberi gambaran buruk media kepada orang ramai.

Seolah-olah media tidak sensitif dan kurang ajar ketika mendapatkan berita dan ini bukan kali pertama dipaparkan begitu, tetapi Lelaki Itu adalah paling teruk memberi gambaran media di mata umum.

Untuk pengetahuan pengarah drama dan pembuat drama berkenaan, cara media bekerja bukan sebegitu, etika pekerjaan itu ada diajar di universiti awam.

Mungkin Lelaki Itu tidak pernah lihat dan tahu golongan media berpanas dan berhujan di luar rumah mangsa bunuh jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada 2010 bermula hari raya pertama sehingga beminggu-minggu.

Tidak apa seorang pun media yang menerjah masuk rumah orang sesuka hati kerana kita faham sensitiviti.

Berada di luar pagar rumah itu hanya melaporkan keberadaan waris dan menunggu kesediaan waris untuk memberi kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN