fbpx

[VIDEO] Warga emas tertekan pedal, rempuh pasar pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pasar pagi yang dirempuh kereta dipandu warga emas, pagi tadi.

BENTONG – Gara-gara tertekan pedal minyak seorang warga emas yang memandu kereta jenis Proton Saga merempuh enam buah gerai dan melanggar lima orang di Pasar Pagi Simpang Pelangai, dekat sini pagi tadi.

Saksi kejadian, Nobie Alfarina Abd Wahab, 41, berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi dan ketika kejadian dia baru sahaja sampai di pasar pagi berkenaan.

“Kebetulan balik ke kampung, kami sekeluarga pergi pasar cari sarapan. Masa tengah membeli tiba-tiba kereta tu terus meluru ke arah kami dan nasib baik kami sempat mengelak,” jelasnya.

Pagi tadi di media sosial tular video dan gambar mengenai kejadian ini apabila sebuah kereta merempuh beberapa gerai di pasar pagi Simpang Pelangai itu.

Warga emas yang tertekan pedal itu dipercayai berumur 70-an. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI