fbpx

‘Saya pun hampir mati dipukul suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang wanita yang juga ibu kepada bayi berusia enam bulan yang mati dibunuh bapa kandungnya sendiri di sebuah pangsapuri di Beranang pada Ahad lalu mengakui turut menjadi mangsa kekejaman lelaki tersebut.

Wanita berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan perbuatan suspek atas alasan mahu menjaga maruah dan aib keluarga selain takut
akan dipukul lagi.

“Saya tidak sangka dia sanggup bunuh anak bongsu kami. Selama ini, saya pertahankan anak-anak yang didera sehingga saya pun teruk
dipukul sehingga hampir mati.

“Arwah anak saya pernah ditampar dan dipukul serta mulut disumbat kain oleh suami, manakala anak perempuan saya pula dipukul guna hanger (penyangkut baju) sampai berbirat.

“Kami juga kerap bergaduh kerana saya mahu mempertahankan anak sehingga beberapa kali saya dibelasah dengan te­ruk,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! di sini semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu, suspek yang ketagih syabu tergamak menghentak kepala dan menyumbat mulut bayinya de­ngan kain sehingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

Kejadian pada pukul 10 malam yang menimpa bayi lelaki ber­usia enam bulan itu terbongkar selepas mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Kajang sebelum disahkan sudah tidak bernyawa.

Bercerita lanjut, wanita itu mengakui suaminya merupakan seorang yang panas baran dan suka memukul anak-anak, namun perkara itu tidak pernah diceritakan kepada ahli keluarga lain demi menjaga aib lelaki itu.

Katanya, ketika kejadian Ahad lalu, dia dan anak perempuan sulungnya yang berusia dua tahun lapan bulan berkunjung ke rumah mentua untuk makan malam kira-kira pukul 8 malam.

Anak bongsunya yang masih nyenyak tidur bagaimanapun ditinggalkan dalam jagaan suami memandangkan rumah mentua hanya dibezakan beberapa blok dengan rumahnya.

“Sebelum tinggalkan anak di rumah, saya sudah rasa tidak sedap hati tapi disebabkan mentua dah ajak untuk ke rumahnya, saya pun tinggal dan pergi dengan anak sulung menaiki motosikal suami. Suami pula tidak mahu ikut atas alasan penat sebab kami berempat baru pulang dari Subang.

“Ketika balik rumah pada pukul 10 malam, saya tengok anak masih tidur dalam keadaan dibedung, mata ditutup dengan kain dan keadaan agak
bergelap.

“Pada pukul 11 lebih, anak menangis dan saya bergegas bancuh susu, namun suami halang saya dari masuk bilik dan beritahu dia akan jaga anak. Saya nampak dia sumbat mulut anak dengan kain,” ujarnya.

Menurut wanita itu, sebaik terjaga dari tidur pada pukul 7.40 pagi esoknya, dia terus masuk ke ruangan bilik dan mendapati anaknya sudah kejung dan tidak bernafas.

“Posisi anak ketika itu sama seperti semalam (pada Ahad). Mulut anak sudah ternganga, muka merah dan bila buka bedung, badan dia keras dan tidak bernafas. Saya beritahu suami dan terus telefon ambulans,” ceritanya.

Bagaimanapun, katanya, ba­yinya disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Tambah wanita itu lagi, suaminya yang sebelum ini merupakan pengawal keselamatan sudah lama tidak bekerja dan dia hanya mengetahui lelaki itu terbabit penyalahgunaan dadah ketika suspek mengajak kawan-kawannya datang ke rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN