fbpx
GUARDIOLA (kiri) percaya City mampu menang biarpun tanpa kehadiran Aguero (kanan) di Old Trafford awal pagi esok. – AFP

Guardiola ‘kempunan’ guna khidmat Aguero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola belum yakin untuk menurunkan Sergio Aguero bertemu Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

Guardiola, 49, merasakan Aguero, 32, masih memerlukan sedikit waktu walaupun pe­nyerang itu berjaya menjaringkan satu gol buat The Citizens ketika menewaskan Marseille 3-0 kelmarin.

Ia adalah perlawanan pertama buat bintang Argentina itu selepas sembuh daripada kecederaan hamstring dan pembedahan lutut.

“Naluri menjaringkan gol Aguero belum hilang walaupun berehat lama. Saya gembira melihat perkembangannya dalam sesi latihan setakat ini.

“Bagaimanapun, dia belum boleh bermain perlawanan penuh walaupun sudah beraksi untuk tempoh 25 minit. Saya perlu melihat dahulu reaksi­nya dalam sesi latihan terakhir nanti,” kata Guardiola.

Pengendali dari Sepanyol itu tidak terlalu risau dengan situasi semasa kerana beliau mempunyai beberapa pemain lain untuk merobek gawang United seperti Ferran Torres yang turut meledak satu gol ke atas Marseille kelmarin.

Torres, 20, kemungkinan besar akan diturunkan sebagai pemain ‘No. 9’ berbanding posisi asalnya di bahagian sayap, untuk membentuk gandingan bersama Raheem Sterling dan Riyad Mahrez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN