fbpx
BALOGUN (kiri) beraksi cemerlang dengan meledak satu gol dan mencipta satu umpanan jaringan ke atas Dundalk awal pagi semalam. – AFP

Arsenal terlalu hebat di Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mi­kel Arteta menyeru barisan pe­mainnya agar membawa ‘tuah’ sai­ngan Liga Europa ke pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Ia ekoran kejayaan Arsenal merekodkan kemenangan bersih dalam peringkat Kumpulan B Liga Europa dengan menewaskan Dundalk 4-2 di Stadium Aviva awal pagi semalam.

Tiga gol The Gunners dalam perlawanan itu diperoleh menerusi jaringan Eddie Nketiah, Mohamed Elneny, Joe Willock dan Folarin Balogun, sekali gus mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan B.

Namun, aksi cemerlang di peringkat Eropah gagal diulangi dalam saingan domestik apabila Arsenal sekadar menduduki tangga ke-15 EPL dengan enam kekalahan daripada sembilan perlawanan terakhir.

Kata Arteta, barisan pemain sudah boleh memberikan tum­puan sepenuhnya untuk aksi EPL dengan misi meraih tiga mata ke atas Burnley di Stadium Emirates pada Isnin ini.

“Saya memiliki keyakinan bahawa pasukan boleh memperbaiki prestasi di peringkat domestik memandangkan saingan Liga Europa hanya akan kembali pada Februari depan. Ramai pemain utama juga sudah pulih dan saya optimis nasib pasukan bakal berubah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Arteta menyeru agar pihak ­pengurusan tertinggi berusaha menawarkan kontrak baharu buat penyerang muda, Balogun yang mana perjanjian asalnya akan berakhir hujung musim ini.

“Saya berminat untuk menggunakan khidmatnya dan perbincangan telah dilakukan dengan pihak Balogun. Hanya jangka masa kontrak yang menjadi isu ketika ini tetapi saya percaya ia dapat diselesaikan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN