fbpx
RAMAI perantau mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Balik raya, tinggal jawatan, pangkat di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

HARI Raya Aidilfitri bukan hanya hari kemenangan bagi umat Islam, namun lebih daripada itu ia adalah hari untuk seisi keluarga bersilaturahhim.

Antara suasana paling dinantikan adalah acara balik kampung yang mana semua ahli keluarga akan berkumpul. Saat inilah adik-beradik yang sekian lama ‘terpisah’ akan bertemu semula.

Ia akan menjadi perhimpunan besar dan biasanya diadakan di rumah ibu bapa. Ia menjadi detik yang cukup menggembirakan apabila masing-masing mengimbau kenangan saat kecil.

Bagaimanapun, tidak semua individu yang balik kampung akan merasai suasana gembira seperti itu. Sebaliknya, ada yang berkecil hati, malah berada dalam keadaan kurang selesa untuk berbicara dengan adik-beradik yang lain.

Puncanya hanya disebabkan ada adik-beradik yang merasakan mereka lebih berjaya dan perlu diberikan layanan istimewa di rumah hanya kerana berpangkat dan berjawatan tinggi dalam kerjaya.

Golongan ini suka mendabik dada dan hanya bercerita soal kehebatan di tempat kerja, sehingga tanpa disedari telah mengguris hati adik-beradik yang lain.

Perlu diingat, tujuan kita balik kampung bukanlah untuk menunjukkan kereta siapa paling mahal ataupun pangkat siapa lagi tinggi. Apa yang lebih penting adalah ikatan persaudaraan dan saling menghormati.

BURUH KASAR
Besut, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN