fbpx
Wan Nurul Syuhada kecewa apabila melihat bekalan minyak masak 1kg tiada di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu semalam.

Minyak peket ‘hilang’ pengguna terpaksa beli minyak mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kekurangan bekalan minyak masak peket satu kilogram (kg) di pasaran di bandar raya ini dan Kuala Nerus merisaukan pengguna menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa pasar raya dan kedai runcit di kedua-dua daerah berkenaan mendapati gangguan bekalan minyak subsidi itu memaksa pengguna membeli mi­nyak masak botol 3kg dan 5kg yang jauh lebih mahal.

Kakitangan swasta, Wan Nurul Syuhada Wan Mohamad, 33, kesal isu kekurangan bekalan minyak peket masih berlaku setiap kali menjelang musim perayaan.

“Sudah lama bekalan minyak subsidi 1kg berkurangan di pasaran, malah ada beberapa kedai runcit naikkan harga kepada RM2.80 sepeket berbanding harga kawalan cuma RM2.50.

“Saya sudah pergi banyak pasar raya dan kedai runcit hari ini (semalam), tiada bekalan mi­nyak peket. Tinggal minyak botol 3kg dan 5kg sahaja,” katanya.

Tengku Iskandar Tengku Idris, 44, pula berkata, gangguan bekalan minyak bersubsidi tidak sepatutnya berlaku pada musim perayaan.

Ujarnya, alternatif minyak botol 5kg berharga antara RM26.90 hingga RM34.50 amat membebankan rakyat sepertinya.

“Minyak peket bersubsidi 1kg ini menjadi pilihan utama kepada golongan B40 seperti kami,” ujarnya.

Seorang pengusaha kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Fatimah, 55, pula mendakwa, kekurangan bekalan minyak peket telah berlarutan sejak Julai tahun lalu.

“Bekalan telah dikurangkan 50 peratus sejak sembilan bulan lalu sehingga saya terpaksa menghadkan pembelian dua paket setiap pelanggan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN