fbpx
GAMBAR HIASAN

‘Murahnya harga pembelotan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA 22 Mac lalu, sekumpulan penyerang memasuki bangunan Dewan Bandaraya Crocus, Moscow di Russia sebelum melepaskan tembakan dan membaling sebutir bom tangan di sebuah konsert sehingga membunuh sekurang-kurangnya 137 orang.

Empat warga Tajikistan ditahan sebelum dihadapkan ke sebuah mahkamah atas pertuduhan melakukan serangan pengganas selain berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Dalerdzhon Mirzoyev, 32, Saidakrami Rachabalizoda, 30 dan Shamsidin Fariduni, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Hanya Mukhammadsobir Faizov, 19, tidak memberi sebarang maklum balas di mahkamah kerana keadaan kesihatan.

Akhbar Metro UK melaporkan, kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut. Namun, berbeza reaksi di media sosial apabila netizen antarabangsa menolak puak Daesh merancang perbuatan terkutuk tersebut.

Rata-rata berteori konspirasi bahawa kejadian tersebut dirancang rapi oleh ‘tangan-tangan ghaib’.

Memetik laporan media antarabangsa, Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov mendakwa, serangan paling berdarah dalam tempoh sekurang-kurangnya sedekad di Moscow itu didalangi Amerika Syarikat, Britain dan Ukraine.

Jawatankuasa penyiasat mendakwa serangan pengganas itu telah dirancang dan dilaksana secara berhati-hati. Seramai 11 individu ditahan termasuk empat pelaku serangan keganasan.

Pada 27 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel dikenali Shalom Avitan, 36, bersama enam pistol serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Susulan itu satu pasangan suami isteri tempatan berusia 42 dan 40 tahun ditahan. Mereka disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga asing tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang akhbar Selasa lalu dipetik berkata, bagi sepucuk pistol tersebut yang diseludup masuk dari Thailand dibayar oleh Shalom pada harga lebih RM10,000.

Orang nombor satu PDRM tersebut juga mengakui soal siasat mendapati senjata terbabit diseludup masuk melalui sempadan, yang mana beliau mengakui terdapat kelemahan dan kelompongan dalam kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

Mungkin pasangan ini rambang mata dengan habuan yang diterima. Tidak seberapa pun duit RM60,000 bagi enam pucuk pistol itu. Tergamaknya ‘tali barut’ ini menggadaikan keamanan dan kedaulatan negara dengan pulangan tidak seberapa itu.

Dalam kes ini, penulis bersyukur dengan kecekapan PDRM, walau apa pun motif sebenar lelaki Israel tersebut, negara terhindar daripada kejadian tidak diingini seperti yang berlaku di Moscow, Russia.

Bayangkan malapetaka yang boleh berlaku jika enam pucuk pistol dan 200 butir peluru ‘digunakan’?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN