TAMPAK moden, namun pelakon Anna Jobling tetap mempertahankan tradisi musim perayaan iaitu mengirimkan kad raya kepada insan tersayang.
Bertuah mereka yang terima kad raya bintang Melur Untuk Firdaus itu kerana khabarnya titipan indah tersebut turut dikirimkan ke Indonesia, Singapura dan Brunei.
Bahkan sebenarnya, ini tahun kedua aktres berdarah campuran itu melayangkan kad ucapan termasuk kepada peminatnya.
Amalan sebegitu hakikatnya sebagai tanda ingatan yang amat menyentuh hati walaupun beberapa tahun kebelakangan ini penggunaan e-card sudah diperkenalkan.
Mizz Lahar: Terkesan dengan kisah bekas wartawan hiburan popular yang kini sedang terlantar di hospital.














