fbpx
SUZIANI menunjukkan kuih dangai yang dijualnya di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar semalam.

Kuih Dangai jadi pilihan berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Di sebalik kewujudan pelbagai juadah berbuka puasa, kuih tradisional dangai masih menjadi pilihan apabila terus menjadi tum­puan pe­ngunjung Bazar Ra­madan Persiaran Wawasan di sini.

Menurut peniaga Suziani Saleh, 55, kuih tradisional itu antara produk jualannya pa­ling laris selain nasi ulam dan sayur keladi yang turut mendapat permintaan tinggi.

“Saya biasanya menjual dangai ini di pasar malam, pasar tani atau pasar sehari, namun pada bulan puasa ini, jualan kuih ini meningkat mendadak.

“Sebagai persediaan, saya menyediakan 4 kilogram bahan seperti kelapa parut, tepung pulut, gula sedikit garam yang boleh menghasilkan sehingga 150 pasang ­dangai,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! di sini semalam.

Lebih menarik, Suziani yang ditemani suaminya membancuh semua bahan-bahan itu sebelum membakar juadah berkenaan di gerai jualannya bagi memastikan kualiti terbaik untuk pelanggannya.

Wanita tersebut menjual dangai biasa pada harga RM1.20 sepasang, manakala dangai jagung pula RM1.50. Sekiranya mempunyai bekalan durian, dia turut menghasilkan dangai durian.

Tambahnya, pembuatan dangai tidak terlalu susah dan campuran yang disediakan dibakar dalam acuan besi sehingga garing dan ini hanya memakan masa selama tujuh minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN