fbpx
Salah satu menu popular yang menambah hati pelanggan ketika berbuka puasa di DoubleTree Resort  by Hilton Melaka

Lamb shank asam pedas jadi pilihan berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kempen kelestarian dan kemampanan yang diterapkan oleh rangkaian Hilton bukan sahaja di luar negara tetapi juga di cawangan hotel-hotel terkemukanya di dalam negara turut diamalkan bersempena bufet Ramadan yang ditawarkan kepada para pelanggan dan pengunjung.

Inisiatif ini adalah antara komitmen hotel terhadap sumber bahan yang bertanggungjawab dengan pengurusan pembaziran makanan yang berkesan seperti pengkomposan.

Bagi menjayakan misi tersebut, DoubleTree Resort  by Hilton Melaka telah menerapkan penawaran menu makanan yang dapat memenuhi selera dan permintaan pelanggan untuk juadah berbuka puasa dalam bulan Ramadan tahun ini.

 

Keunikan hidangan lain yang lain daripada hotel atau pemain lain di negeri Melaka membolehkan ia salah satu destinasi yang menjadi pilihan masyarakat di negeri ini malah juga mahu menggamit kedatangan pelancong dari Singapura dan juga dari Lembah Klang datang berbuka puasa di sini.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui tema Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini, Double Tree Resort by Hilton Melaka menampilkan pelbagai menu bersesuaian dengan cita rasa semua pelanggan bukan sahaja yang beragama Islam yang berpuasa tetapi juga pelanggan berbangsa lain yang menggemari makanan Malaysia yang pelbagai.

“Memandangkan Melaka terkenal dengan masakan asam pedas, kami juga mengubah suai menu tersebut dengan menyajikan Lamb Shank Asam Pedas bagi memberi kelainan kepada peminat masakan asam pedas,” katanya.

Selain itu, turut dihidangkan adalah ikan panggang, ayam pasu, sup harira, bubur lambuk, masakan India, lauk pauk dan ulam ulaman, pelbagai sajian pembuka selera dan pemanis mulut selain stesen memasak di hadapan pengunjung.

Bufet Ramadan di Makan Kitchen hotel berkenaan ditawarkan pada harga RM138 untuk dewasa manakala kanak-kanak berharga RM69 seorang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN