fbpx
HENTIAN bas Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam antara hentian bas yang bergelap.

Luahan Pembaca: Tolonglah, kami bergelap tunggu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sejak Mei 2019, penulis membuat tinjauan di sekitar bandar Shah Alam, tidak kira siang atau malam. Salah satu perkara yang menarik perhatian berhubung hentian bas yang mana lampunya tidak menyala pada waktu malam hingga ke awal pagi.

Penulis ingin menarik perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bahawa masih ba­nyak hentian bas yang terdapat di sekitar bandar raya ini yang masih bergelap, lampu-lampu yang ada tidak berfungsi.

Penulis sendiri pernah me­nyaksikan penumpang terpaksa menunggu atau turun dari bas dalam ambien gelap, sama ada awal pagi atau malam hari.
Sudah sampai masanya pihak MBSA memastikan agar lampu-lampu di setiap hentian bas berfungsi.

Sebagai contoh, hentian bas di depan Pangsapuri Perdana, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam yang ketika penulis berkunjung, pengguna terpaksa menunggu dalam gelap.

Penulis sendiri telah merakam gambar pada waktu malam, 25 Februari 2024. Ciapan kepada Twitter MBSA @sacitycouncil, dan e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam telah dibuat pada keesokan harinya, untuk diambil tindakan.

Sudah pastinya, menunggu bas dalam keadaan gelap me­ngundang rasa tidak selesa, terutama bagi wanita.

Adalah diharapkan dengan tersiarnya cerita ini di ruangan Luahan Pembaca, pihak MBSA dapat membaik pulih lampu-lampu yang tidak berfungsi di hentian bas ini dan juga di ke­semua hentian bas yang lain, di seluruh kawasan di bawah pentadbirannya.

Kamaruddin Hassan
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN