PANDELELA (kiri) belum mahu bersara kerana merasakan masih tiada penerjun pelapis mampu menandinginya.

‘Dakwaan Pandelela hanya alasan semata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) terkejut dengan dakwaan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang mengatakan ada ‘entiti’ mengganggu mereka sehingga menampilkan aksi mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar minggu lalu.

Setiausaha Agung MAS, Andy Low menganggap apa yang ­disampaikan oleh Pandelela hanya alasan selepas dia gagal melepasi had kelayakan untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, pihaknya se­ring mengadakan pertemuan dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sebelum kejohanan berlangsung, namun tidak ada sebarang masalah disampaikan Pandelela.

“Manusia apabila gagal bagi alasan, tolak kiri dan kanan. Ini semua orang tidak profesional, tetapi mahu ambil gaji.

“Itu (entiti) anda perlu pergi tanya dia. Setahu saya, sebelum kejohanan kita selalu berjumpa dengannya, mengadakan me­syuarat dan berbincang. Apabila tanya ada masalah atau tidak, tiada yang mahu cakap,” katanya.

Tambah Andy, Pandelela seharusnya meminta maaf atas kegagalannya pada kejohanan di Doha kerana beliau menganggap manusia tidak sempurna dan adakalanya melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

“Dia harus cakap minta maaf Malaysia kali ini saya gagal, habis cerita. Manusia memang ada yang gagal, tidak akan setiap hari mereka sempurna dan 100 peratus tidak gagal. Kita hormati ­alasannya dan akan duduk berbincang mengenai apa masalah itu,” ujar beliau.

Mengulas pendirian Pandelela untuk tidak bersara dan meneruskan karier sebagai atlet atas alasan tiada pelapis mampu menandinginya, Andy menjelaskan, itu adalah hak Pandelela ­selagi dia mampu.

“Tidak ada masalah kerana itu hak rakyat, anda tidak mahu bersara dan terus ‘terjun’ sampai 60 tahun pun saya terima, tetapi bila ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Majlis Sukan Negara (MSN) dan MAS anda tidak boleh capai, anda tahu pintu di mana.

“Kalau kita halau, nanti orang kata tidak elok, dia pun sudah banyak naikkan nama Malaysia, tetapi bila anda bukan lagi dalam keadaan seperti dulu, harus sedar diri. Setiap tahun anda mesti capai KPI, kalau tidak boleh capai jangan salahkan kami,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN