fbpx
JONG-HYUN masih memerlukan masa untuk memperagakan kualiti sebenarnya bersama TNB musim ini.

Penyudah Jong-hyun belum berkarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN import pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jang Jong-hyun masih bergelut untuk menampilkan aksi sebenar ketika seri 3-3 menentang Maybank pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasio­nal, Bukit Jalil itu, TNB me­lakukan kebangkitan selepas ketinggalan tiga jaringan, sekali gus memastikan kedua-dua pa­sukan pulang dengan satu mata.

Walaupun Jong-hyun belum mempamerkan sengat pada aksi sulungnya, namun ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasi­ruddin percaya bintang baharunya itu masih memerlukan masa untuk menunjukkan kemam­puan sebenar.

“Ini adalah perlawanan pertama, jadi kita beri peluang kepada dia untuk dapatkan rentak sebenar pada aksi kedua atau ketiga nanti. Perlawanan hari ini (kelmarin) kita berjaya dapatkan satu mata.

“Saya yakin Jang (Jong-hyun) akan melakukan kebangkitan pada perlawanan seterusnya. Buat masa ini, kita belum nampak struktur yang benar-benar kukuh kerana pemain-pemain sedang menyesuaikan diri antara satu sama lain,” katanya.

Pada perlawanan itu, Maybank terlebih dahulu mendahului 3-0 hasil jaringan Muhammad Razie Abd. Rahim, Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini.

Bagaimanapun, TNB bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Syed Moha­mad Syafiq Syed Cholan, manakala satu lagi gol mereka dijaringkan oleh Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi.

“Maybank adalah pasukan yang kuat dan sangat baik ketika bertahan. Selain itu, kita juga ­gagal melakukan penyudah yang baik pada suku masa ketiga dan keempat. Saya harap kita dapat beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” ujar Nor Saiful.

TNB akan meneruskan misi mempertahankan gelaran liga dimenangi musim lalu dengan membuat perhitungan menentang pasukan ‘adik’, TNB Thunderbolts hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN