fbpx
FERNANDEZ dikatakan menjadi antara pemain termahal Selangor musim ini bernilai RM2.5 juta.

Fernandez senjata Selangor menang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JENTERA serangan Selangor FC dijangka terus ‘meletup’ selepas mengesahkan kehadiran ­penyerang antarabangsa Chile, Ronnie Fernandez bagi menguatkan pasukan pada kempen Liga Malaysia 2024/2025 nanti.

Fernandez yang berusia 33 tahun mengakui, cukup ­teruja untuk berkelana ke saingan bola sepak Asia Tenggara buat kali pertama dalam ­kariernya dengan harapan dapat membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan.

Kata Fernandez, skuad Gergasi Merah memiliki reputasi besar di Malaysia dengan fokus kini adalah memastikan pa­sukan dapat bersaing di peringkat domestik dan saingan pentas benua Asia nanti.

“Ini kali pertama saya datang ke Asia Tenggara dan saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Selangor FC.

“Apa yang saya tahu tentang kelab besar ini ialah sejarah yang cukup besar dan penyokong sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan.

“Saya berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan untuk mendapatkan musim terbaik dalam Liga Malaysia dan ACL 2 (Liga Juara-Juara Asia 2) nanti,” kata Fernandez.

Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Fernandez adalah sebanyak €500,000 (RM2.5 juta), sekali gus menjadikannya antara yang termahal dalam skuad Gergasi Merah musim ini.

Fernandez bakal diberikan peranan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaring terbanyak Gergasi Merah musim lepas, Ayron del Valle selepas kontraknya berakhir pada Disember lalu.

Selain Fernandez, skuad Merah Kuning kendalian Tan Cheng Hoe turut menandatangani pertahanan antarabangsa Uzbekis­tan, Umar Eshmurodov.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN