fbpx

Siang jual cendol, malam ‘lapah’ motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Aiman menunjukkan cendol santan kelapa sawit di rumahnya di Kampung Parit Selangor, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang anak muda yang kuat bekerja tidak pernah kenal erti penat apabila menjual cendol pada waktu siang, manakala malam hari pula membuka bengkel motosikal bagi menambah pendapatan.

Muhammad Aiman Hakim Abd Razak, 17, berkata, dia me­nyambung perniagaan cendol santan kelapa sawit daripada arwah bapa saudaranya yang ditutup sebelum ini dan dalam masa sama membuka bengkel membaiki motosikal.

Katanya, perniagaan cendol secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Parit Selangor, di sini itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Kerja-kerja membaiki motosikal dilakukan pada waktu­ malam atau jika ada permintaan.

“Saya tidak belajar di mana-mana institusi kemahiran untuk membaiki motosikal, tetapi ­belajar dengan arwah abang saudara­nya yang banyak memberikan tunjuk ajar,” katanya.

Menurutnya, sehari jualan cendol santan kelapa sawit sama ada cawan atau bungkus sekitar 50 pek dengan harga RM3.50 jika minum di gerai, manakala RM4 untuk dibungkus.

Katanya, setakat ini pendapatan jualan cendol dalam sebulan tidak menentu bergantung kepada cuaca serta pelanggan yang singgah di rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI