fbpx

Pengamal media pencatat sejarah negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian hari ini.

PETALING JAYA – Peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peranan itu diteruskan meskipun pengamal media berdepan pelbagai tantangan, onak dan duri kehidupan.

“Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar Perdana Menteri.

“Dalam sesi dialog santai bersama media hari ini, saya singgung kebhinekaan isu semasa dan polisi kerajaan yang menjadi tajuk utama laporan media kendatipun masalah rakyat dan negara yang memerlukan pena pengamal media untuk mencorakkannya.

“Moga pengamal media terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dan negara terus menjadi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan Perdana Menteri menegaskan, beliau bukan individu yang suka bermain sentimen menghina kaum dan agama sehingga mencetuskan salah faham mana-mana pihak.

Kata Anwar, sewaktu Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian hari ini, beliau singgung dan menjelaskan perkara tersebut supaya salah faham yang berlaku dinoktahkan sebaiknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI