fbpx
TMJ berkongsi gambar keadaan padang Stadium Sultan Ibrahim sebelum sepak mula aksi terakhir Kumpulan I saingan ACL menentang BG Pathum United FC petang ini.

‘Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua pasukan bola sepak yang bertanding dalam Liga Malaysia serta negeri memperbaiki padang stadium bola masing-masing.

Tunku Ismail berkata, setiap stadium yang menjadi venue perlawanan perlulah mempunyai padang perlawanan dan sistem perparitan yang baik bagi mengelakkan padang digenangi air ketika negara dilanda musim hujan atau Monsun Timur Laut.

Terdahulu, Tunku Ismail berkongsi gambar keadaan padang Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dengan memuat naik ke laman sosial miliknya sejam sebelum sepak mula aksi terakhir Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT menentang menentang BG Pathum United FC.

Keadaan padang SSI masih dalam keadaan baik dan berkelas dunia apabila tidak ditakungi air meskipun hujan lebat melanda negeri ini tengah hari tadi.

“Tiada lecak, tiada takungan air. Top drainage!. Soalan saya kepada MFL & FAM (Liga Bola Sepak Malaysia) dan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memandangkan liga akan berjalan ketika musim hujan/Monsoon bermula musim hadapan.

“Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain? Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan sistem perparitan yang bagus. Sudah sampai masa semua pasukan dan negeri memperbaiki padang stadium masing-masing,”tulisnya.

Isu kualiti padang menjadi buah mulut peminat bola sepak tanah air apabila perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC pada Jumaat lalu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam keadaan kualiti padang kurang baik.

Padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN