fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan bebola api misteri melayang-layang di atas rumah penduduk tempatan pada waktu malam. - Instagram

Bola api misteri melayang waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Klaten, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan bola api misteri melayang-layang di udara pada waktu malam, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Barukan sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) hingga 10.30 malam, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @merapi_uncover menunjukkan cahaya misteri berwarna merah itu terbang sendiri tanpa tali atau alat bantuan lain, dari arah utara ke selatan sebelum hilang. 

Seorang penduduk dikenali sebagai Sukirno berkata, bola api itu boleh dikesan di lokasi dan masa yang berbeza. 

“Di sini pukul 11 malam,  di sana (barat) pukul 8 malam, di utara pula pukul 6.30 petang. Bentuknya seperti bola berwarna merah dan mula hilang selepas empat minit,” katanya. 

Ketua Polis Manisrenggo, AKP Sarwoko menasihati orang ramai agar kekal tenang dan tidak mempercayai  spekulasi yang dikaitkan dengan unsur mistik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN