fbpx

Lelaki bebas penjara kerana miliki kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah meringankan hukuman terhadap tertuduh kerana dia memiliki kucing. – Global Look Press

MOSCOW – Sebuah mahkamah di Siberia menangguhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki selepas mendapati dia mempunyai seekor kucing untuk dijaga, lapor laman berita RT semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu dituduh melakukan  jenayah samseng dan mempunyai senjata api secara haram selepas dia menyerang individu lain ketika mabuk.

Dia juga mengancam mangsa menggunakan pistol.

Selepas ditangkap polis, tertuduh memberikan kerjasama dalam siasatan, mengaku bersalah, dan akhirnya dihadapkan ke mahkamah.

Hakim mensabitkan semua pertuduhan terhadap tertuduh dengan beberapa daripadanya membawa hukuman maksimum lima tahun penjara.

Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penangguhan kepada lelaki itu dengan memetik beberapa keadaan termasuk tahap kesihatannya yang lemah, kerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang dan pemilikan kucing.

Menjadi pemilik kucing sebelum ini tidak pernah dianggap sebagai keadaan yang dapat meringankan hukuman dalam undang-undang jenayah Russia, menjadikan ia yang pertama dilaksanakan dalam sistem kehakiman negara itu.

Hukuman penjara tertangguh bermaksud tertuduh tidak akan dipenjarakan sekiranya dia berkelakuan baik sepanjang tempoh hukuman ke atas dirinya– AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI