fbpx
Beckham memastikan semua barangannya disusun rapi dan simetri.

K2

Derita OCD insan ternama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANGAT membenci bilik kotor dan tidak rapi, hanya tidur lepas membersihkan asap lilin serta menghidupkan lampu mengikut turutan merupakan antara rutin yang sentiasa dilakukan dalam kehidupannya.

Perkara itu tidak mampu diubah bintang bola sepak terkenal, David Beckham, 48, berikutan dirinya menghidap gangguan obsesif kompulsif atau obsessive compulsive disorder (OCD).

Bekas kapten pasukan bola sepak Britain itu mengakui dirinya sangat obses dalam aspek kebersihan dan tidak menyukai keadaan yang kotor serta tidak teratur.

Dalam satu temu bual bersama media Britain pada tahun 2006, Beckham memberitahu, dia akan sentiasa memastikan persekitarannya mempunyai susunan yang rapi.

“Jika saya berkunjung ke mana-mana bilik hotel, sebelum boleh berehat, semua risalah dan buku akan dialihkan kemudian diletakkan ke dalam laci. Semuanya mesti sempurna.

“Saya juga kerap memakai pakaian putih untuk dipadankan dengan perabot, membeli 30 pasang seluar dalam Calvin Klein yang serupa serta berkeras untuk menyusun baju mengikut warna yang sepadan,” katanya dipetik menerusi portal Mirror.UK.

Beckham dan OCD dideritainya menjadi hangat diperkatakan baru-baru ini apabila didedahkan dalam dokumentari Beckham di portal

perkhidmatan penstriman, Netflix. Beckham akui apa yang dihadapinya sangat memenatkan, namun dirinya menyifatkan akan lebih melelahkan jika tidak dilakukan dengan betul.

Isterinya, Victoria menyatakan Beckham pernah membeli tiga peti sejuk untuk menyimpan barang makanan yang berbeza.

“Setiap satu peti sejuk itu masing-masing digunakan untuk menyimpan minuman, salad dan makanan lain yang mesti disusun secara simetri.
“Jika terdapat tiga tin Diet Coke, dia akan membuang satu dan bukannya tiga kerana mesti dalam angka genap,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Apa yang dilalui Beckham merupakan antara sikap individu yang menghidap satu gangguan mental yang disebut sebagai OCD. OCD mendorong seseorang untuk melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang yang dilakukan untuk mengurangi rasa cemas (kacau-bilau) dalam fikirannya.

Penghidapnya obsesi dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi. Sesetengahnya juga memastikan susunan, aturan atau turutan sesuatu perkara itu mesti tepat dan simetri.

Gangguan ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja daripada semua kumpulan umur. Penghidap OCD biasanya menyedari bahawa pemikiran dan tindakan mereka berlebihan, tetapi mereka tidak boleh melawannya.

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko OCD, termasuk faktor genetik, perubahan dalam bahan kimia otak dan pengaruh persekitaran.

OCD didorong oleh gangguan pemikiran yang menyebabkan kebimbangan dan tingkah laku dibuat berulang kali untuk melegakan kebimbangan ini.

Sebagai contoh, penghidap OCD yang takut jatuh sakit cenderung untuk mencuci tangan secara berlebihan atau terlalu kerap membersihkan rumah.

GATES merupakan salah seorang individu yang berjaya disebabkan sifat mementingkan kesempurnaannya berpunca daripada OCD.

Hal itu turut dilalui oleh seorang tokoh legenda pencipta, jurutera elektrik silam, Nikola Tesla yang sangat prihatin dengan kuman, kebersihan dan mengelakkan penyakit.

Terkenal dengan sumbangannya dalam reka bentuk sistem bekalan elektrik arus ulang-alik moden, lelaki futuris ini juga dipercayai menghidap OCD dan dikhabarkan menunjukkan simptom seawal tahun 1917.

Menurut satu artikel dalam portal discoverwalks.com, Tesla obses dengan nombor tiga dan obsesinya menyaksikan dia berenang 33 pusingan di kolam awam setiap hari.

“Beliau juga didakwa akan mengulang semula pengiraan dari awal sekiranya dia terganggu dan lupa kiraannya. Tidak hanya itu Tesla mempunyai keinginan untuk berjalan di blok bandar tiga kali sebelum memasuki bangunan.

“Tesla lebih memilih untuk hidup bujang dan berasingan kerana dia percaya perkara itu meningkatkan konsentrasinya ketika melakukan pelbagai eksperimen,” tulis portal itu.

Terdapat ramai lagi orang ternama yang dilaporkan menghidap OCD dalam kehidupan mereka.

Hartawan dan ahli politik, Donald Trump juga dikatakan menghidap OCD. Trump memberitahu dia sangat takutkan kuman sehingga mengelak untuk berjabat tangan dengan orang.

Trump juga memastikan hanya minum dengan penyedut minuman bagi mengelak pencemaran.

Ahli perniagaan pengasas Apple, Steve Jobs tidak terkecuali. Jobs akan naik berang jika melihat habuk. Diceritakan semasa Jobs mula membina kilang pada tahun 1984, dia sering menyentuh dengan tangan pada lantai dan barang kelengkapan untuk memastikan tiada sebarang habuk.

Kisah OCD individu ini bukan sekadar menunjukkan tentang penderitaan yang dihadapi tetapi bagaimana ujian hidup itu menjadi rahmat kepada kejayaan mereka dalam bidang yang diceburi.

Individu itu termasuk tokoh perniagaan Amerika Syarikat (AS) yang juga pengasas bersama Microsoft, Bill Gates. OCD yang dihidapi Gates menampakkan dirinya dalam keperluan untuk ketertiban dan simetri. Ia membentuk dirinya menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan.

Menerusi satu artikel media antarabangsa, dia menyusun perabot dan kertasnya dengan cara yang sangat khusus, malah dia sering habiskan masa berjam-jam membersihkan mejanya.

“Dalam kesnya, OCD dan ketaksuban Gates mungkin membantunya menumpukan perhatian pada kerjanya dan mencapai perkara yang hebat.

“Ini adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan ramai orang mengalami OCD. Paling penting, cerita Gates menunjukkan bahawa OCD tidak perlu menjadi penghalang.

“Ia boleh menjadi sumber kekuatan dan kuasa. Walaupun OCD boleh melemahkan, ia juga boleh menjadi sumber kekuatan bagi sesetengah orang.

“Ketaksuban dan desakan yang dikaitkan dengan OCD selalunya boleh membawa kepada perhatian yang lebih kepada perincian dan boleh menjadi aset dalam banyak bidang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN