fbpx
Keadaan kereta Kelisa mangsa yang maut dalam kemalangan itu..

Pekerja pembersihan maut bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Perjalanan seorang pekerja pembersihan menuju ke Banting bertukar tragedi apabila maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori di Kilometer 3 Jalan Banting-Dengkil di sini, semalam.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu mengakibatkan lelaki berusia 30 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu Perodua Kelisa itu dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke Banting.

“Setibanya di lokasi, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa kemudian melanggar sebuah lori jenis Hino dari arah hadapan yang dipandu individu berusia 55 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia.

Pemandu lori itu pula cedera di kaki dan dihantar ke Hospital Banting bagi menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-1853 9115/ 03-31872222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN