fbpx

[KEMASKINI] Mayat dua pelajar politeknik ditemui lemas di Tasik Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat dua pelajar PSMZA yang lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang hilang ketika mandi di kawasan Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi di sini disahkan lemas apabila mayat kedua-kedua pelajar lelaki itu ditemui sebentar tadi.

Mayat Muhammad Qamarul Ariffin Mohd. Ramly dan Muhammad Khalili Hasnol yang kedua-duanya berusia 20 tahun ditemui di dasar air terjun itu pada pukul 8.40 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Sharifuddin Ali berkata, mayat kedua-kedua mangsa yang masing-masing berasal dari Taman Tas Kuantan, Pahang dan Ampang Jaya, Selangor ditemui pada kedalaman lima meter.

“Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat dua mangsa itu selepas kira-kira 10 minit melakukan selaman.

“Mayat mereka telah diangkat naik ke tebing sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum kejadian, Muhammad Qamarul Ariffin dan Muhammad Khalili berkelah bersama tujuh rakan sekelas di kawasan Air Terjun Tasik Puteri berkenaan sempena cuti umum, Maulidur Rasul hari ini.

Mereka kemudiannya dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam ketika mandi di kawasan itu pada pukul 5.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI