fbpx

Terang Bulan teroka produk haruman bagi mengimbangi pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perniagaan kopi yang diwarisi daripada arwah bapanya sejak 1976 mungkin telah sebati dalam diri wanita ini.

Namun Hazilah Abdul Rahman, 45, tidak pernah serik untuk mencuba sesuatu yang baharu demi kelangsungan atau survival perniagaannya pada masa depan.

Tidak berfikir panjang, Pe­ngarah syarikat Terang Bulan Food Industries (M) Sdn. Bhd. ini telah memberanikan diri untuk menceburi perniagaan baharu secara sampingan iaitu pewangi atau haruman badan di bawah jenama Felorra.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengimbangi permintaan terhadap produk kopi yang sentiasa turun naik sejak akhir-akhir ini.

“Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh terlalu bergantung kepada satu-satu produk sahaja dan perlu lebih kreatif untuk teruskan survival dalam perniagaan.

“Bisnes dalam produk haruman ini telah dimulakan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 9 November lalu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Diinspirasikan daripada beberapa jenama haruman badan terkenal seperti Boomshell, ­Gucci Flora, Mont Blanc, Dunhill Red/Blue dan sebagainya, Felorra boleh didapati dalam dua va­rian utama iaitu botol bersaiz 20 mililiter (ml) pada harga RM22 dan 10 ml dengan harga RM45 (tiga botol).

Menurut beliau, ketika ini syarikat telah menjual lebih da­ripada 100 buah botol.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai segmen jualan kopi, Hazilah berkata, Terang Bulan sebagai peneraju pengeluar kopi bumiputera di Pulau Pinang itu memiliki kapasiti menghasilkan sehingga 500 kilogram kopi setiap hari.

“Kopi keluaran syarikat kini telah berjaya menembusi pasaran global termasuk di Asia Tenggara dan di negara Asia Barat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI