fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Pakar Amerika Syarikat siasat lokasi terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar lokasi nahas pesawat di Persiaran Elmina, Shah Alam.

SHAH ALAM – Pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, di sini, semalam akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan dibantu pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagi memastikan bangkai pesawat itu terjaga, pihaknya akan melakukan kawalan 24 jam di lokasi tersebut.

Tujuan lain kawalan itu dibuat adalah bagi mengelakkan bangkai pesawat yang juga bahan bukti tidak diganggu mana-mana pihak sehingga siasatan BSKU selesai.

“Tugas polis membantu mengeluarkan mangsa, mencari cebisan, mengumpul dan membuat penandaan pada barangan peribadi mangsa serta membantu mencari kotak sudah selesai.

“Jadi sekarang kita hanya membuat kawalan keselamatan bangkai pesawat sehingga pasukan BSKU dan pakar penerbangan dari AS tiba dijangka Isnin ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Jalan di Elmina Central Park yang ditutup sejak semalam akibat nahas tersebut mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 3 petang tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Zon Shah Alam, Samsol Maarif Saibani berkata, kerja-kerja pembersihan dilakukan tiga jentera bomba bagi membuang kesan minyak serta kesan kebakaran.

Sisa bangkai pesawat dan serpihan berkaitan akan dikumpulkan bagi tujuan siasatan.

Kejadian melibatkan pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas pada pukul 2.40 petang semalam mengorbankan seramai 10 mangsa.

Antara mangsa terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dan menantu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI