fbpx
KIM Pan Gon percaya Faisal mampu mengekalkan kecergasan untuk kembali perkuatkan pasukan kebangsaan

Mickey tahu tanggungjawab dia – KPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya Faisal Halim cukup matang untuk memastikan dirinya kekal berada pada kondisi terbaik untuk terus relevan bersama pasukan kebangsaan.

Walaupun dikenakan hukuman penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih dari Korea Selatan itu tidak terlalu bimbang dengan kualiti Faisal dan akan terus memberi ruang untuk dia menyarung jersi pasukan negara.

“Sebagai pemain profesional, dia (Faisal) bermain semua perlawanan sejak beberapa bulan lalu dan dia hanya terlepas beberapa perlawanan (sepanjang tempoh pergantunggan), jadi saya rasa ia tidak memberi kesan kepada persembahannya.

“Kita lihat bagaimana keadaan dia, apa boleh kita bantu dan pastinya kita akan cuba melakukan yang terbaik untuknya,” katanya pada Majlis Undian Pestabola Merdeka di di Wisma FAM, hari ini.

Walaupun mengekalkan hukuman penggantungan sebulan, Jawatankuasa Rayuan FAM beri kelonggaran untuk membenarkan Faisal atau dikenali sebagao Mickey untuk menjalani sesi latihan bersama Selangor.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan campur tangan dan menyerahkan kepada Pan-gon untuk menentukan nasib Mickey bersama Harimau Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN