fbpx

Pemimpin pembangkang sentuh isu 3R untuk raih simpati rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada ceramah umum sempena PRN Selangor di Beranang

KAJANG – Pemimpin pembangkang sengaja menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini kerana mahu ditahan pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tujuan pembangkang berbuat demikian kerana mahu membangkitkan perasaan simpati rakyat kepada mereka.

“Itu yang dimahukan oleh mereka. Ingin gambar mereka digari, ditangkap (oleh pihak berkuasa) untuk timbulkan rasa simpati rakyat.

“Tetapi kita kena ajar yang derhaka kepada raja-raja kita ini pada 12 Ogos ini,” katanya pada ceramah umum di Beranang dekat sini malam ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI