fbpx
Fahmi Fadzil

Pencemaran air: MB Selangor pertimbang tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertimbangkan tindakan tegas terhadap mereka yang menjadi dalang di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan gangguan bekalan air hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu selepas Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang telah menerima laporan penuh kejadian itu.

Beliau berkata berkata, biro telah menyampaikan beberapa pandangan serta memberi beberapa cadangan untuk pertimbangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Menteri Besar Selangor telah memaklumkan bahawa beliau dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu gangguan bekalan air dan akan mempertimbang tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam pencemaran sumber air mentah di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, bagaikan tiada kesudahan apabila lebih enam juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur sekali lagi berdepan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas.

Kesemua loji berkenaan terpaksa dihenti tugas bermula pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari semalam susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN